Penamaan dan peristilahan Yunani

Nama "Yunani" berasal daripada bahasa Arab, iaitu al-yunān (الينان), merujuk kata Ionia, iaitu salah satu wilayah yang terangkum dalam kumpulan bangsa-bangsa Yunani Purba yaang kini terletak di pesisiran barat negara yang sekarang disebut Turki. Nama ini ada lazim digunakan dalamm sumber tertentu misalnya Atlas Dunia Oxford-Fajar. Namun perkataan Bahasa Inggeris ia, "Greece", semakin lazim dipakai sejak dekad-dekad kebelakangan ini di media Malaysia seperti Berita Harian atas sebab tidak diketahui, sementara Indonesia masih lazim menggunakan "Yunani". Nama "Greece" ini pula merupakan pinjaman bahasa Inggeris (juga disebut mengikut bahasa tersebut) berasal daripada bahasa Latin, Graecia yang sebelum ini digunakan untuk selatan Italy.

Orang Greek (atau Orang Yunani) memanggil negara mereka sebagai Hellas, atau Ellas dalam bahasa Yunani Moden. Dalam bahasa petuturan seharian, Ελλάδα (transliterasi: Elláda [e̞ˈlaða] (bantuan·info)) digunakan.